Assalamualaikum dan salam sejahtera semua,
Pengenalan
Kepimpinan dan organisasi adalah dua perkara yang berbeza. Kepimpinan bermaksud merupakan individu yang boleh memberi pengaruh kepada individu yang lain di dalam suatu pertubuhan. Kewujudan beberapa kepimpinan dalam organisasi sesuai dengan pentadbiran meningkatkan pengurusan sekolah dan bilik darjah dengan baik dan stabil mengikut susun atur yang telah ditetapkan dalam carta organisasi yang mempunyai orientasi visi misi ke depan. Kepimpinan berlaku apabila mendorong sesuatu organisasi melakukan sesuatu bersama untuk mencapai objektif dan kejayaan sesuatu organisasi juga bergantung kepada pemimpin. Begitu juga sebagai tamsilan apabila melihat sesebuah sekolah yang cemerlang dan Berjaya semestinya hasil daripada kepimpinan cekap setiap pemimpin sekolah itu.
Pengertian Organisasi dan Kepimpinan
Definisi organisasi dan kepimpinan :-
• Organisasi = kesatuan yg terdiri drpd bahagian-bahagian di dalam sesuatu pertubuhan untuk tujuan-tujuan tertentu.
• Kepimpinan = merupakan individu yang boleh memberi pengaruh kepada individu yang lain di dalam suatu pertubuhan.
Kepimpinan ini juga mempunyai pelbagai perspektif dan konteks yang dapat diolah seperti contoh gambar rajah diberikan ialah :-
Perspektif menurut Islam
Islam juga menyifatkan pemimpin bertanggungjawab dalam mengurus, mentadbir dan menjaga apa yang diamanahkan kepadanya, Manakala pemimpin pula adalah bertanggungjawab dalam mengurus, mentadbir dan menjaga apa yang diamanahkan kepadanya. Antara yang perlu dijaga oleh seseorang pemimpin ialah menjaga dirinya daripada melakukan perbuatan mungkar dan menunaikan kewajipan syarak dan tugas-tugas yang dipikulkan kepadanya dengan baik dan adil. Organisasi pula adalah satu unit sosial yang terdiri daripada manusia yang bekerjasama dan saling bergantung antara satu dengan lain bagi mencapai matlamat individu, kumpulan dan organisasi.
Konteks pendidikan :-
Pencapaian matlamat organisasi pula bergantung kepada dua elemen iaitu elemen kemanusiaan dan elemen bukan kemanusiaan. Elemen kemanusiaan adalah seperti akauntabiliti dan komitmen terhadap organisasi. Manakala elemen bukan kemanusiaan seperti proses, polisi, struktur dan teknologi. Kedua-dua elemen ini akan mempengaruhi tingkah laku dalam organisasi sama ada secara individu atau kumpulan terhadap pencapaian organisasi (Abd. Aziz, 2003). Organisasi adalah suatu badan yang dianggotai oleh pelbagai individu dengan kelebihan yang pelbagai yang menjalankan tugas dan peranan yang berbeza bagi mencapai matlamat yang sama (Robbins, 2003).
Objektif Kajian
Bagi carta organisasi, ia tidak mempunyai definisi yang
khusus. Namun ditakrifkan sebagai satu rajah grafik memaparkan struktur susunan
(seperti rajah di bawah), kedudukan tempat atau posisi seseorang individu di
dalam sesuatu organisasi selaras dengan bidang kuasa, tugas dan
tanggungjawabnya. Setiap ahli perlu mengetahui tugas masing-masing supaya skop
dan bidang kerja yang akan dibuat nanti akan berkait dengan diri sendiri.
Kerjasama yang dijalankan menghasilkan sesuatu yang akan memberi faedah kepada
organisasi dan anggotanya. Jelaslah bahawa tersirat di dalam organisasi itu
satu konsep yang melibatkan interaksi di antara ahli.
Bagi organisasi seperti sekolah, terdapat beberapa contoh
carta organisasi yang terdapat di setiap sekolah di Malaysia serta peranan dalm jawatan. Antaranya adalah
seperti berikut :
Peranan dan tugas pemimpin :-
1) Menteri Pendidikan :
-
Bertanggungjawab dalam hal-hal penggubalan
dan pelaksanaan dasar pendidikan.
- Merancang program selaras dengan aspirasi
dan matlamat negara merujuk Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK).
- Mengagihkan tugas kepada bahagian atau
unit, mengurus atau mengarah kementeriannya, mendapat Kerjasama daripada
kakitangan lain
-
Bertanggungjawab kepada parlimen untuk
memastikan keberkesanan pelaksanaan dasar Pendidikan
- Akta Pelajaran 1961 memberi kuasa dan kewibawaan kepada Menteri Pelajaran ke atas hamper semua hal berkaitan Pendidikan dalam negara.
2) Timbalan Menteri Pendidikan :
-
Memegang portfolio yang hampir sama dengan
Menteri Pendidikan.
- Membantu Menteri Pendidikan dalam
menjalankan dan menyelesaikan tugasan.
- Memangku jawatan Menteri Pendidikan semasa
ketiadaan beliau ke luar negara atau ke luar negeri berdasarkan urusan
Pendidikan
3) Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan
- Menentukan pengurusan dan pentadbiran berada pada tahap yang berkualiti
- Menggubal, merancang dan melaksanakan
dasar yang telah ditetapkan oleh kementerian.
-
Terlibat dalam pengurusan kewangan
peringkat kementerian.
- Menguruskan pengurusan pembangunan dan
bekalan serta menjalankan tugas-tugas yang berkaitan.
(b) Carta Organisasi Sekolah.
Di peringkat sekolah, kepimpinan yang paling penting ialah Guru Besar/Pengetua, Penolong Kanan,
Guru-guru Mata Pelajaran dan Ketua-ketua Panitia.
Peranan dan tugas pemimpin :-
1) Pengetua Sekolah :
-
Sebagai seorang pentadbir,pengurus dan
seorang pemimpin yang tertinggi.
-
Bertanggungjawab dalam meningkatkan
kurikulum dan kokurikulum sekolah.
- Membimbing, memberi kesedaran dan menyelia
guru-guru di bawahnya ketika melaksanakan tugas mereka.
2) Penolong Kanan Pentadbiran :
-
Menjalankan tugas pengetua sewaktu ketiadaannya
-
Membantu Pengetua menyelia dan menilai
proses pengajaran guru-guru
-
Membantu Pengetua dalam semua aspek
perancangan dan pengurusan sekolah
-
Mengajar sebilangan waktu mengikut arahan Pengetua.
- Bertanggungjawab kepada Pengetua dalam hal kurikulum, pentadbiran, hubungan masyarakat dan keselamatan.
3) Penolong Kanan Hal Ehwal Murid :
- Mengambil alih tugas Pengetua semasa
ketiadaan Pengetua dan Penolong Kanan Pentadbiran serta mengajar sebilangan
waktu mengikut arahan pengetua
- Membantu Pengetua menyelia dan menilai
aktiviti seperti kaunseling, keselamatan dan kebajikan pelajar
-
Bertanggungjawab kepada Pengetua dalam hal
kaunseling, kebajikan pelajar
4) Penolong Kanan Kokurikulum :
- Mengambil alih tugas Pengetua semasa
ketiadaan semua pengurusan tertinggi sekolah serta mengajar sebilangan waktu
mengikut arahan pengetua
- Merancang, menyelaras, menggubal
kegiatan-kegiatan kokurikulum sepanjang tahun.
- Bertanggungjawab kepada Pengetua dalam hal
berkaitan kokurikulum, menentukan bekalan, persiapan dan kemudahan asas
aktiviti-aktiviti kokurikulum
-
Menyelaras aktiviti-aktiviti kokurikulum
dengan institusi atau perbadanan luar
5) Ketua-Ketua Panitia :
-
Memperoleh Sukatan Pelajaran dan Huraian Sukatan Pelajaran yang
terkini
-
Memilih dan mencadangkan buku rujukan yang terbaik untuk digunakan
-
Menyelaraskan soalan ujian dan penilaian bagi setiap kelas.
(c) Carta Jawatankuasa
Panitia Matapelajaran.
(d) Struktur Organisasi Panitia (Sekolah Rendah)
(e) Struktur Organisasi Panitia (Sekolah Menengah)
PEMIMPIN DI DALAM KELAS
1. Guru Kelas
2. Guru Subjek
3, Ketua Kelas (ketika ketiadaan guru)
4, Penolong Ketua Kelas (ketika ketiadaan guru)
BILAKAH WUJUDNYA KEPIMPINAN BILIK DARJA
- Apabila murid mencapai
sesuatu yang tidak mereka jangka.
- Apabila murid memerlukan
bantuan dan panduan dari guru.
- Apabila kehadiran guru
membuatkan personaliti murid
menjadi positif.
- Apabila seorang guru memberi amaran, suasana bilik darjah menjadi senyap.
CIRI-CIRI GURU BERKEPIMPINAN (Shippen, 2004)
1. Mengajar untuk
menambah ilmu dan kemahirkan
diri.
2. Buat keputusan yang
wajar, elakkan perasaan tidak
puas hati dan boleh membentuk kerjasama
dengan murid.
3. Kebolehan memimpin
yang fleksibel.
4. Tiada sifat
mementingkan diri sendiri.
5. Bijak membuat
keputusan.
6. Seorang teladan
kepada murid.
7. Berjaya menyampaikan visi yang jelas dalam bilik darjah.
Jenis dan gaya kepimpinan serta kepimpinan bilik darjah dan kepimpinan pengajaran.
Bentuk kepimpinan merupakan cara seseorang pemimpin menggunakan kuasa yang dimiliki sebagai alat untuk mempengaruhi pekerja supaya bekerja kuat untuk mencapai objektif organisasi. Pada dasarnya stail kepimpinan dapat dibahagikan kepada tiga jenis beserta istilahannya iaitu:
I.
Kepimpinan Autokratik
- Pemimpin autokratik adalah sikap mementingkan pelaksanaan tugas
dan ia memimpin dengan menggunakan sumber kuasa formal. Pemimpin yang
mengamalkan stail ini akan membuat keputusan berkaitan dengan tugas,
mengeluarkan arahan dan memastikan arahan itu dipatuhi. Contoh kepimipnan
seperti ini boleh dilihat di dalam industri.
II.
Kepimpinan Demokratik
- Dikenali juga sebagai pemimpin yang menggalakkan kesemua
kakitangannya melibatkan diri dalam organisasinya untuk memberikan pendapat
atau pandangan sebelum sesuatu keputusan diambil.
III.
Kepimpinan Laissez-Faire (kebebasan)
- Stail kepimpinan Laissez-faire, tidak begitu berminat dengan urusan yang diamanahkan kepadanya kerana mereka tidak peduli mengenai kerja mahupun hasilnya. Pemimpin jenis ini akan membiarkan semua keputusan dibuat oleh orang bawahannya dan tidak menggunakan kuasa yang ada.
3) Gaya pengajaran dan strategi pengajaran yang digunakan.
Menurut kajian yang telah
kami jalankan tentang topik ini, terdapat tiga gaya pengajaran yang boleh digunakan
oleh guru-guru semasa berada aktiviti pengajaran dan pembelajaran berlangsung
iaitu;
i) Pengajaran Secara Langsung
· Merupakan satu pendekatan pengajaran yang berpusatkan guru dan
menurut Arends (2011), “Pengajaran langsung merupakan satu cara berkesan untuk
mengajar pengetahuan dan kemahiran asas kepada para pelajar.”
· Kaedah ini sangat berkesan apabila guru mempunyai matlamat untuk
menyampaikan sesuatu maklumat, mengajarkan prosedur tentang sesuatu perkara dan
membina kemahiran pelajar langkah demi langkah
· Strategi ini ialah melalui demonstrasi oleh guru, penyoalan
didaktik, latih tubi, pengajaran eksplisit, kuliah masteri, panduan bimbingan
bacaan, mendengar dan pemerhatian kepada murid serta gambaran keseluruhan yang
berstruktur
ii) Pengajaran Secara Tidak Langsung
· Ia merujuk kepada pendekatan pembelajaran yang berpusatkan
kepada para pelajar
· Walaupun kedua-dua strategi pengajaran iaitu secara langsung atau tidak langsung berbeza namun ia merupakan dua perkara yang saling melengkapi antara satu sama lain
iii) Pengajaran Berpusatkan Bahan Bantu Mengajar
·
Ia merupakan satu pendekatan yang menekankan penggunaan bahan
atau alat untuk membantu proses pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah
· Pengajar perlu memastikan bahan yang digunakan di dalam kelas
merupakan bahan yang relevan, berkualiti dan boleh berfungsi dengan baik
sebagai alat bantuan.
· Penggunaan bahan-bahan bantu mengajar seperti bahan cetak, buku teks, papan pameran dan sebagainya sebenarnya sangat membantu untuk meningkatkan lagi kefahaman murid sekiranya ia digunakan secara betul.
Kesimpulan
Kesimpulannya, kepimpinan di dalam sesuatu organisasi amat mempengaruhi prestasi organisasi sama ada meningkat atau sebaliknya. Oleh itu, pemimpin perlu memainkan peranan dengan bersungguh-sungguh dan berilmu kerana pemimpin seperti pengetua di sekolah perlu menguruskan sekolah yang berurusan dengan ramai guru dan pelajar serta orang atasan agar sekolah berjaya mencapai matlamat dan sentiasa menjaga serta mengharumkan nama baik sekolah.
Rujukan
Ayob, A. M. (1985). Kaedah Penyelidikan
sosioekonomi: suatu pengenalan. Dewan Bahasa Pustaka.
Lexy, J. M. (2007). Metodologi Penelitian Kualitatif
Edisi Revisi. Bandung: PT Remaja Rosdakarya.
Robbins, S.P. & Coulter, M. 2001.
Management. New York: Prentice Hall
Kementerian Pendidikan Malaysia, 2021, Carta Organisasi Kementerian
Pendidikan Malaysia, Diperolehi dari :
No comments:
Post a Comment